Wednesday 6 December 2017

filled bun-dumpling


https://monoskop.org/images/7/7e/Arendt_Hannah_The_Origins_of_Totalitarianism_1979.pdf

"In an ever-changing, incomprehensible world the masses had reached the point where they would, at the same time, believe everything and nothing, think that everything was possible and that nothing was true…Mass propaganda discovered that its audience was ready at all times to believe the worst, no matter how absurd, and did not particularly object to being deceived because it held every statement to be a lie anyhow.

The totalitarian mass leaders based their propaganda on the correct psychological assumption that, under such conditions, one could make people believe the most fantastic statements one day, and trust that if the next day they were given irrefutable proof of their falsehood, they would take refuge in cynicism; instead of deserting the leaders who had lied to them, they would protest that they had known all along that the statement was a lie and would admire the leaders for their superior tactical cleverness." ..............

................"Never has our future been more unpredictable, never have we depended so much on political forces that cannot be trusted to follow the rules of common sense and self-interest — forces that look like sheer insanity, if judged by the standards of other centuries."

— The Origins of Totalitarianism, Hannah Arendt



Asalnya aku bercadang mahu mendapatkan auto-biografi Robert Kuok pada akhir minggu lepas, tetapi Sabtu lalu ada kenduri kahwin sepupu ku di Perak, dan dengan tidak disangka, Jumaat lalu (aku cuti dari Jumaat hingga ke Ahad) terlalu sibuk dan kekangan yang tak dapat dielakkan, 
aku tak dapat pergi dan membeli auto-biografi tersebut.

Namun, ada bacaan menarik atas talian (online), Hannah Arendt - The Origins of Totalitarianism, yang seakan akan "kena" dengan iklim politik minggu ini, a.k.a. Persidangan UMNO,

tapi,

aku tak mahu ulas tentang Persidangan tersebut.




Politik Malaysia dan Football Hooliganism

Terus terang, aku masih belum habis membaca buku tersebut, aku masih lagi di awal bab asal usul Anti-Semitism dalam buku tersebut,

namun,

apabila aku melihat Persidangan UMNO di TV baru baru ini, dan kecoh kecoh bingit bising di media sosial,

tiba tiba aku tersedar sesuatu,

"Kebanyakan borak politik di kalangan orang ramai di Malaysia ini tak lebih dari mentaliti football hooliganism sahaja".

Ada kawan2 se-universiti aku, yang selalu "aktif" tentang politik, ada seorang bekas rakan sekelas aku yang menjadi teman media sosial pada AmenoWorld, dan kebanyakan yang aku kenal,

sebenarnya cara fikir dan mentaliti yang ada tak lebih seperti seorang penyokong bola EPL Manchester United, Arsenal, atau Chelsea, atau apa apa kelab.

Ianya sebenarnya tak lebih daripada menganjing kelab orang lain, dan menyokong kelab sendiri, atas dasar "aku dalam team ini".

Yang malang selalunya, ia berselindung di balik kata2 seperti "pencerahan minda", "perbincangan matang politik", mengupas itu ini tentang pro and cons sesuautu tindakan politik oleh seseorang atau sesebuah parti,

tapi sebenarnya, tak lebih dari menjatuhkan pihak satu lagi dan menaikkan status atau "martabat" pihak satu lagi.

Dan selalunya, pada akhiran-nya, selepas habis memaki, dan merasa seronok berjaya "mengalahkan" pihak satu lagi (sebenarnya tak lebih dari ego-soothing sahaja), perbualan itu habis begitu sahaja.

Kemungkinan ianya berulang lagi pada satu tempoh akan datang.

Dan seperti biasa, bising2, bergaduh jatuhkan orang lain dan berasa seronok dengan kebijaksanaan sendiri memilih parti (sama seperti memilih team bola), dan akhirnya tiada apa konstruktif atau tindak positif yang akan lahir dari bingit bingit itu.

Sebenarnya ia seronok dilakukan kerana, kau tak perlu melakukan sesuatu yang aktif, kau tak perlu melakukan tindakan susah payah, kau hanya perlu pilih "team" yang baik,

dan selebihnya, kau menganjing team satu lagi.

Ketika ada orang yang benar2 melakukan sesuatu, baik NGO, atau pun apa2 organisasi, baik Unit Amal parti PAS pun, sekurang2nya orang2 ini ada melakukan sesuatu,

kebanyakan hiruk pikuk yang bergaduh politik itu,

banyak yang tidak berdaftar sebagai apa2 ahli dalam mana2 badan politik atau badan amal,

banyak yang sebenarnya hanya bercakap sahaja,

Ramai yang hanya football hooliganism sahaja pasal politik ni.

Bahaya nya fenomena ini, kerana,

|The totalitarian mass leaders based their propaganda on the correct psychological assumption that, under such conditions, one could make people believe the most fantastic statements one day, and trust that if the next day they were given irrefutable proof of their falsehood, they would take refuge in cynicism; instead of deserting the leaders who had lied to them, they would protest that they had known all along that the statement was a lie and would admire the leaders for their superior tactical cleverness|

sebab kesedaran politik yang wujud bukan kerana nak membantu orang atau kesedaran masyarakat, tetapi lebih kepada rasa seronok diri berjaya memilih "team" yang hebat. Team aku hebat kerana aku bijak memilih = aku hebat.



Filled-Bun Dumpling

Satu lagi yang aku jelik, ialah sesuatu yang aku temui ketika di dunia construction.

Pau. Sikap suka mengepau.

Sebab itu saja2 aku letak title "filled bun dumpling", kerana ia adalah translation kepada kuih pau.

Sayangnya, benda ni sebenarnya adalah corruption, tetapi entah mengapa, aku berasa jelik kerana ramai yang "mengepau" dan "mahu mengepau" ni kebanyakannya yang aku perhatikan di dunia construction,

ialah mereka yang mengucap dua kalimah syahadah, dan berbangsa majoriti di Malaysia ini.

Waktu aku bekerja di satu syarikat konsultasi M&E lama dahulu,
ada satu lelaki, yang dari satu parti politik,
selalu datang ke office dan "mengepau" bos Cina aku,
selalunya diminta sponsor jamuan, atau majlis keraian orang2 politik,
dan dijanjikan projek itu projek ini,
dan selalunya, tak dapat pun projek itu.

Aku jelik,
sebab,
ada kerani akaun yang hanya bergaji bawah RM1,000,
ada budak fresh baru habis belajar yang bergaji Rm1,800,
tetapi,
orang yang berbangsa sama dengan mereka,
dengan nada suara ego dan pandang rendah,
"mengepau" bos aku dengan minta duit untuk sponsor sesuatu,
dan bos aku membayar lelaki itu,
dengan aku tahu yang dia sentiasa menilai harga bangsa,
bangsa yang sama di-upah kerja, yang sama bangsa dengan geng poilitik yang mengepau dia.

Waktu aku jadi PM acah acah dulu (jadi Project Manager, tanggungjawab PM, tapi gaji aku bawah RM4k je bang),

yang banyak "mengepau" aku ialah kebanyakan bangsa yang sama yang "mengepau" bos lama Cina aku tu.

alasan, gaji sediikit, sedangkan gaji kebanyakan yang "mengepau" aku itu ada yang 200 peratus lebih tinggi,

tapi memandangkan,

"ah ini PM Melayu, boleh pau ni"

maka diberi lah pelbagai alasan, pelbagai benda yang melecehkan kerja,
yang mana kalau tak mahu kerja itu leceh,
"belanja pelincir" perlu di beri.

Dengan alasan aku boleh claim., dan sebenarnya, aku dengan  tangga gaji engineer, walaupun claim aku kadang kala lepas, tapi aku perlu menunggu 2 bulan lagi untuk dapat balik duit belanja itu.

Celaka sungguh.

Ada yang meminta terus dari bos aku. Kadang kala, paperwork aku dikatakan kurang teliti, ini claim, ini dokumentasi tak boleh lepas, melainkan.....

Jelik.

Dan menambah jelik aku, ada yang mengepau ini, pro dengan politik kerajaan,

dan satu petang ketika minum,

sambil berbual,

diberitahu aku, GST ni sebenarnya sangat2 bagus, kerana dia benar2 mencukai peniaga bangsa Cina, Melayu yang miskin tidak meniaga ini mana perlu membayar GST.

"Yang teruk sebenarnya business-man Cina, diorang untung juta juta selama ini, memang patut sistem GST ni kerana ianya adil bla bla bla".

Aku jelik kerana yang bercakap itu seorang yang "mengepau" bos aku.


Summary

Mungkin aku nampak terlampau marah, jadi maafkan aku jika tulisan ini menganggu emosi.

Tapi, apa yang nak aku sampaikan ialah,

1. Mungkin perlu retrospective tentang apa yang kau pernah percaya tentang politik atau kepartian.

2.    Aku pernah cerita juga dahulu, ada satu staff Main-Con yang asyik mengutuk aku,
     "Kau ni tak percaya ke Tuhan bagi rezeki", bila mana aku share yang aku dan isteri aku ada family
      planning kami.
      Lepas kutuk2 aku, lebih kurang 2 minggu selepas itu,
      dia menghubungi aku pada malam hari,

      "Firdaus, boleh pinjam RM300.00?"

       Dalam Quran, surah As-Saff pun ada mention betapa Tuhan benci orang yang kata benda yang
      dia sendiri tak lakukan.

       Aku yang makhluk ni pun benci.

       Dan banyak manusia yang begini, berharap Malaysia ini sesuci bersih dari corruption,
       Tapi dia sendiri pun filled-bun dumpling.


         Aku tak mengatakan NEP atau dasar bumiputera tu satu ke-tidak-adil-lan.

         Aku cuma jelik dengan orang meminta corruption dengan alasan NEP/Bumiputera entitlement.

         Dengan kau bising2 pasal tawakal rezeki Tuhan dan sebagainya, tapi in action apa yang kau
         bercanggah, itu adalah jelik.

         Jadi tolonglah, hentikan lah corruption ini dengan mengubah mentaliti bahawa it's ok to take
         from others, atas alasan politik atau ini tanah asal maka aku ada hak untuk menge-pau.

         Kerana,
   

“You’re going to be the leader of a nation, and you have three sons, Hussein. 

The first-born is Malay, the second-born is Chinese, the third-born is Indian. 

What we have been witnessing is that the first-born is more favoured than the second or third. Hussein, if you do that in a family, your eldest son will grow up very spoiled. 

As soon as he attains manhood, he will be in the nightclubs every night because Papa is doting on him. 

The second and third sons, feeling the discrimination, will grow up hard as nails. 

Year by year, they will become harder and harder, like steel, so that in the end they are going to succeed even more and the eldest will fail even more.” 

 - Robert Kuok to Tun Hussein Onn

Aku sedih bila mana ada saudara aku sendiri yang berkerja di dunia construction, yang merasakan OK untuk menge-pau.

Kadang kala dia saja bagi susah sedikit untuk sub-con untuk buat kerja, atas alasan, yang mana akhir niatnya itu untuk menge-pau.

Aku yang bekerja di bawah Cina Cina ini tahu apa rasanya, dan tahu pandangan mata mereka bila menghadapi perkara sebegini.

They will grow hard as nails.