Thursday 28 December 2017

the snowflakes that glistens on the trees

Chayra and Sabrina, my nieces, playing


Chayra the baby bee

I think the previous blog entry posts are too negative, that it shouldn't be that way.
It shouldn't be the way to end this year 2017.

I want to ask for forgiveness should anyone whom read this blog, feel disturbed or negative after reading those. You don't deserve that.

At this moment, I'm enjoying a cup of hot tea, and try to think of 2017.

If you focus on the bad stuff, you'll be reminded of the bad issues, Donald Trumps news, those negative stuff.
And you might miss the forest from the trees.

Or, 
you might not even notice that beautiful snowflakes that glistens on the trees.

27 March 2017, my niece Chayra was born.

Last Friday, my wife's families and in-laws visited me. Despite being sick, I played and had Chayra in my arms. She played with my spectacles, and tried ecstatically to strike a conversation with me saying "ata ata ata" to me, with serious changing faces.

It was lovely, maybe the angels were present there at that moment too, looking at her loveliness too. It was beautiful.

2017 is the year I learned about the album "Kind Of Blue" by Miles Davis, and learning the jazz music.
So many beautiful arts, lovely music, charming books that came to my attention this year.

I managed to relocate some of my books from the old Bukit Mewah house (now my bro's house) to my Subang apartment. I hope by end of 2018, all the books are relocated and I will have my library and book collection at my house.

Some of the rare CD and music collections too.

This year also, my relationship with my bro was made beautiful again.

There were too many, it was numerous, in-numerable, blessings, like that glistening snowflakes, that actually I miss out.

I was wrong about many things too. Mostly about people.
I was right, about one thing, there are people who matters to you, and you should think about them more often than those news.

Be selective.

So this is a swansong to the year 2017, alhamdulilah and thank God for the those glistening moments.


"Isn't It Romantic?" (Richard Rodgers, Lorenz Hart) – 4:37 "The Boy Next Door" (Ralph Blane, Hugh Martin) – 5:22 "Wonder Why" (Nicholas Brodszky, Sammy Cahn) – 5:15 "Swedish Pastry" (Barney Kessel) – 5:45 "Love Is Here to Stay" (George Gershwin, Ira Gershwin) – 4:46 "'Round Midnight" (Thelonious Monk, Cootie Williams, Bernie Hanighen) – 8:54 "Stella by Starlight" (Ned Washington, Victor Young) – 4:57 "All the Things You Are" (Oscar Hammerstein II, Jerome Kern) – 8:44 "Blues in F" (Chuck Israels) – 5:44


0:00 "A Simple Matter of Conviction" (Bill Evans) 3:22 "Stella by Starlight" (Washington, Young) 7:30 "Unless It's You (Orbit)" (Evans) 11:14 "Laura" (Mercer, Raksin) 15:33 "My Melancholy Baby" (Ernie Burnett, George Norton, W. E. Watson) 20:48 "I'm Getting Sentimental Over You" (Bassman, Washington) 25:02 "Star Eyes" (Gene de Paul, Don Raye) 30:01 "Only Child" (Evans) 34:07 "These Things Called Changes" (Evans)





Wednesday 27 December 2017

those who shovelled shit in Lousiana





before Christmas, I was sick.
few times juga  pergi Hospital Sungai Buloh.

then Christmas, or malam Christmas, I forgot the exact moment,
aku macam ada bergaduh dengan orang di FB. but
I spoke my words then just left.

The people yang aku macam argue ni, are what I termed as "those who shovelled shit in Lousiana".

The exact term, aku ambik from that famous speech from General Patton to the Third Army.

Then there's one thing you men will be able to say when this war is over and you get back home. Thirty years from now when you're sitting by your fireside with your grandson on your knee and he asks, 'What did you do in the great World War Two?' 

You won't have to cough and say, 'Well, your granddaddy shoveled shit in Louisiana.' 

No sir, you can look him straight in the eye and say 'Son, your granddaddy rode with the great Third Army and a son-of-a-goddamned-bitch named George Patton!'

Ada seorang dua kawan se-universiti aku, yang mana aku "discriminate", ie. aku ignore dan block these people without prejudice, despite being friends in the past.

These people have the same habit, cakap sembang besar with, endless critics about other people, and one thing, diorang ni suka troll dan "bakar line", criticise in order provoke people, just to jest people's action.

Selalunya diorang akan kutuk party politics, NGO, or those yang diorang rasa "buat benda poyo".

But, they themselves pun tak ada apa contribute untuk wellbeing of society. Nein. Zilch.

Cakap kutuk orang, provoke bakar line, dapat like dan gelak2 orang, lepas tu sambung layan booze atau ganja atau whatever shit.

For me la, orang PAS yang orang kutuk2, well, at least, they did spend effort. Ada gak keluar effort.
Geng bikers, geng tabligh, NGO, those people whether you want to call right or wrong, ada gak keluar effort untuk something.

But those who "shovelled shit in Lousiana", cakap je berdegar2 tapi tak ada apa.

Lepas tulis panjang2, macam biasa, aku kena kritik, atau in their words "kena pundek".

In the end, those yang did something, rasa malas. 

Aku rasa bodoh dan penat tulis panjang2 dengan well intention, tapi no use.

It's the same tired-ness lepas kau baca kes Cikgu Azizan.

Kau tegur anak murid kau, anak murid kau sound kau balik, kau tampar dia, in the end kau naik mahkamah, mak bapak murid kau blame dan salahkan kau,

padahal kau nak betulkan keadaan.

In the end, kau rasa malas.

Kau jadi fragile.

Orang boleh sembang SOP lengkap dengan hadis Nabi "tak mencederakan muka" bagai. Orang boleh sembang kencang jadi pro dalam education degree bagai.

Tapi in the end, it doesn't even matter. Murid tu lagi cilaka, mak bapak salahkan kau.

Penat.
Letih.

Dan started from that night, tiba2 aku realised something.

Aku fragile. Aku dah tua, umur 35 tahun ni. Aku bukan prophet nak ubah orang, aku bukan the bloody messiah untuk ubah dunia ni.

I'm just tired.

Bila kau tired, kau realise limitation kau, tenaga, umur, masa kau yang limited, kau akan start discriminate.

Kau hanya focus dekat family kau, life kau. Selain dari itu, kau ignore.

Anak melayu lain yang bermasalah, pergi jahannam. Orang nak hisap bong, lantaklah.
The world keeps turning.

Kau nak mati dengan glue inhalement kau, kau bukan anak aku, mak bapak kau boleh uruskan.

Aku ignore dan discriminate. 

Ada yang mintak tolong tadi, aku just delete je butang conversation.

Aku malas. Let them shovelled shit in Lousiana for all I care.


0:00 Roundabout 8:30 Cans And Brahms 10:11 We Have Heaven 11:51 South Side Of The Sky 19:46 Five Per Cent For Nothing 20:24 Long Distance Runaround 23:50 The Fish (Schindleria praematurus) 26:32 Mood For A Day 29:31 Heart Of The Sunrise


Cuti tahun baru ni, selain dari lepak dengan family, bermain dengan nieces aku Sabrina dan Chayra, aku nak rilek2 main guitar saja. nak practice strumming, sebab aku masih tak pandai nak strumming upstroke downstroke dengan beat macam ni (selancar yang boleh).


Lead dia banyak kau boleh tengok di Youtube, covered by other guys (kau boleh belajar dengan kelajuan slow sikit), anyway it's a fun video.




Saturday 16 December 2017

intransigence


Intransigence is just a new English word that I learnt this week. To use it as a topic doesn't reflect any meaning on what is written in the post actually.


1. To feel sorry and thankful

http://www.dayangdeno.com/2017/12/inshaa-allah.html

I read this with sympathy and empathy.

Tahun ni, mata aku, out of a sudden, kabur. Thank god, penglihatan aku masih ada. Sugar control, tukar spectacles, dan pelbagai benda lagi, alhamdulilah, aku masih boleh membaca dan melihat fairly well.

She lost her left eye vision and now recuperating.

Kalau fikir mendalam,

betapa bersyukur masih dapat melihat.

And, bila kau sedar, actually, vision can be lost anytime, sebenarnya, apa benda dalam life kau boleh Tuhan "tarik" out of a sudden,

Kau akan sedar, katakan kalau kau hilang vision tu, dan kau dapat vision tu dalam 30 minutes per day,

kau akan selective dengan apa yang kau baca dan lihat,

benda2 negative, komen2 bajet bagus, orang2 bajet bagus dan sebagainya, kau akan stay away atau "eliminate" dari eyesight kau.

Not worth it.

Aku selepas the scare of diabetic retinopathy hari itu, start to be more selective dalam apa yang aku baca dan aku tak rasa bersalah untuk discriminate any person, dalam hal pembacaan aku,

Ada some person, complain, that it is a pity Malaysian people have a third world mentality.

Masalahnya, banyak kali aku tengok dalam FB, that person keluarkan komen kat page Siakapkeli, page2 gosip artis.....dan dengan komen2 negative tak habis2...........

and I thought "oh, come on!"

Di Internet, banyak lagi benda berfaedah, buku2 online yang thought provoking,
dan benda2 happy2 macam anak kucing comel,
and you choose to read those,
dan bising2 lagi...

And in the end, not worth it to think much about those person, aku hanya discriminate dengan silent ignore sebab aku fikir bila2 masa penglihatan boleh hilang,
dan umur aku 35, bukan muda sangat,
Life yang pendek ni not worth untuk spend to unnecessary dramas.



2. SKMM Seksyen 211 dan 233

Kau boleh baca di sini

https://www.skmm.gov.my/faqs/online-content-problems/2-what-is-mcmc-s-jurisdiction-in-addressing-compla?lang=ms-MY


Yang aku nak highlight :-


Seksyen 233: Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menggangu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan.........

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Hati2 lah sebelum nak komen2 sentap, komen2 burn dan membakar orang di media sosial. Sedangkan application Whatsapp pun applicable dalam Seksyen 233 ni.



3. Buku bagus untuk baca di tika weekend

Henry Hazlitt - Economics in One Lesson
https://mises.org/library/economics-one-lesson

https://mises.org/system/tdf/Henry%20Hazlitt%20Economics%20in%20One%20Lesson.pdf?file=1&type=document

dan dalam Wikipedia, kau boleh baca

https://en.wikipedia.org/wiki/Unintended_consequences




Dia ada beberapa sub-topics dalam Unintended Consequences.

Kalau kau boleh baca ni, dan at least, kalau kau tak fully faham pun, kau boleh empathy (maknanya kau tak perlu setuju, at least kau dapat terima dengan emosi mengapa orang present idea tu) dengan argument yang aku pernah tulis dalam previous entry dalam "PHD dan Statistics", iaitu,

Correlation does not imply causation 

Sekurang2nya, kau berhati2 untuk keluarkan statement, dan at least kau boleh be fair dalam bagi statement.

Maaf, tapi kadang2 orang agama, orang politik, dan pengikut/penyokong/pembantah/pelawan (apa apa je lah), sebenarnya banyak yang mereka katakan,

tak semestinya betul atau benar,

walaupun mereka quote ayat Quran atau Hadis, tapi ayat Quran dan Hadis bukan directly imply apa yang dikatakan,

maknanya kau perlukan disiplin dalam quote tu,

sebab kau perlu menghormatinya sebagai ilmu.

Kalau tak ada disiplin ilmu, maka overall statement tu nampak seperti sesuatu yang tak kena danmenyakitkan mata, dan orang menganggap apa yang di-anuti tu sampah,

sedangkan kukurangan banyak orang ialah sebab tak ada disiplin ilmu,

maka jadi lah "sembang bersepah", statement cakap nak menang saja.



Even dalam kajian economy, policy yang sound dan wise juga, adakalanya ada unintended consequences. Dunia tak semudah dan se-simplisitic seperti yang disembangkan.


Sebenarnya ada banyak nak tulis, tapi I felt, that is enough for this week.

Dah, aku nak cozy2 dengan minum2 hot tea sambil berselimut mengharap demam selsema ni sembuh sambil2 melayan Bill Evans ni.

Tuesday 12 December 2017

lite cream soda


1. Jazz.

Kalau kau berminat untuk bermula mendengar Jazz, aku sarankan kau bermula dengan album "Kind Of Blue" dari Miles Davis.

Well, it's a gem in jazz world, a pretty good start, it is said as to be the greatest jazz record of all time.

Artist yang terlibat :-
1. Trumpet - Miles Davis
2. Piano - Bill Evans
3. Piano - Wynton Kelly
3. Saxophones - John Coltrane
4. Saxophones -  Julian Adderley
5. Bass - Paul Chambers
6. Drum - Jimmy Cobb.

Dan Dream Team Jazz ni, setiap artist masing pun selepas kejayaan album Kind Of Blue ni, berjaya dengan karier solo masing2. Aku suka Bill Evans dan John Coltrane, dan sekarang dalam misi mengeksplorasi setiap album dari Bill Evans dan John Coltrane.

Selepas itu, baru selesa untuk bermula dengan Chet Baker dan Theloniious Monk (dia ni cover album dia hebat2) dan lain2 artist jazz.

Dan selepas itu, kau mungkin akan berasa Norah Jones atau Adele itu sebagai pop music mainstream.


Oh aku masih lagi mendengar punk dan metal, guitar driven aggression adalah sesuatu yang menarik dan sukar dilupakan. Jazz ni, seperti yang aku kata, meluaskan skop pendengaran.

Secara terus terang, aku mula mendengar Jazz, pada tahun ini 2017.

Entah mengapa, aku kurang suka dengan Rap, seperti kau harus berkata2 banyak hanya untuk prove kau bling bling atau something special,

bila Jazz hanya, just play the music and feel the emotion without feeling overwhelming, just felt it as elegant as it can be.



2. PHD dan Statistics

Aku tulis ini semata-mata nak menyangkal fikiran "cause and effect" sesetengah orang.

Masalah ini aku rasa bermula dengan sistem pendidikan KBSR, (for most 80's and 90's kids), yang mana konsep "cause and effect" diajar dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral bagi pelajar2 Darjah 1,2,3. (Pendapat aku saja lah)

Pada aku, ini sedikit silap, kerana cause and effect ni tak disentuh sangat dalam subjek Alam Dan Manusia pada waktu ini (Aku rasa zaman Sains diperkenalkan di Sekolah Rendah, dah mula nak sentuh konsep ni sebab ada belajar konsep inference, cuma masih terlalu asas)

Jadi, konsep "cause and effect" kita lebih pada holistik dan kurang saintifik.

Maka jadilah pikiran seperti,

"Trump jahat dengan mengisytihar Jerusalem capital Israel, jadi effectnya kebakaran besar di Southern California = balasan Tuhan"

"Penang banjir sebab Oktoberfest, cuba menentang kuasa Tuhan"

Habis itu banjir kat Kelantan?

"Ubat tu berkesan kat pakcik kanser tu, jadi ni ubat kanser".


Untuk selesaikan masalah ini, Barat, atau kuasa2 Timur, Jepun, Korea, yang berjaya dalam Sains dan menguasai teknologi ni, sebab mereka faham dan berdisiplin dalam satu benda iaitu, kaedah fikiran saintifik.

Dan dalam metodologi saintifik, benda yang paling penting dalam satu2 kajian, ialah bagaimana nak establish "cause and effect" tu benar2 tepat.


1. Strength (effect size): A small association does not mean that there is not a causal effect, though the larger the association, the more likely that it is causal.


2. Consistency (reproducibility): Consistent findings observed by different persons in different places with different samples strengthens the likelihood of an effect.


3. Specificity: Causation is likely if there is a very specific population at a specific site and disease with no other likely explanation. The more specific an association between a factor and an effect is, the bigger the probability of a causal relationship


4. Temporality: The effect has to occur after the cause (and if there is an expected delay between the cause and expected effect, then the effect must occur after that delay).


5. Biological gradient: Greater exposure should generally lead to greater incidence of the effect. However, in some cases, the mere presence of the factor can trigger the effect. In other cases, an inverse proportion is observed: greater exposure leads to lower incidence


6.Plausibility: A plausible mechanism between cause and effect is helpful (but Hill noted that knowledge of the mechanism is limited by current knowledge).


7.Coherence: Coherence between epidemiological and laboratory findings increases the likelihood of an effect. However, Hill noted that "... lack of such [laboratory] evidence cannot nullify the epidemiological effect on associations".


8. Experiment: "Occasionally it is possible to appeal to experimental evidence".


9. Analogy: The effect of similar factors may be considered.

Dia tak semudah "A jadi, B terjadi, maka A jadi akibat B".

Sebab essence dalam metodologi ni ialah "correlation does not imply causation".


Dan kesemua PHD student yang aku tahu dan kenal, dalam kajian mereka, dalam mereka nak menentukan "cause and effect", dalam apa2 bidang sekalipun, sains atau bukan sains,

mereka perlu membuktikan nya secara statistik, 

untuk mengetahui adakah disebab kan A, dan hanya oleh A, maka B terjadi.

Bidang statistik, ni antara cerita2 best dunia sebenar mengenai kegunaannya, adalah seperti satu cerita bila Pihak Bersekutu menjalankan kajian statistik untuk mengetahui kekuatan industri Jerman menghasilkan kereta kebal, maklumat penting sebelum mereka decide untuk landing D-Day di Normandy June 1944.




In summary, kalau kau Muslim, tolong lah, jangan kau keluarkan statement "fenomena alam / kejadian/kemalangan ini terjadi sebab menyalahi agama" atau seperti itu, melainkan kau ada dalil yang directly cakap ini terjadi maka itu terjadi,

atau kalau tidak, kau nampak lekeh,

atau, kau menunjukkan agama kau seperti lekeh,

atau, orang akan berkata, "kau ni wakil Tuhan ke kau boleh tahu bencana itu bala Tuhan atau ujian Tuhan?"

Pada aku, kalau boleh faham konsep ni, banyak benda yang minda kau boleh terbebas, 

seperti orang bukan2 yang claim bukan2, orang politik yang guna dalil agama untuk main sesuatu isu, 

orang canang ubat-ubat atau perubatan-perubatan tertentu,

kau akan faham, apa itu kebetulan, takdir atau benda tu benar2 satu fenomena.

Wednesday 6 December 2017

filled bun-dumpling


https://monoskop.org/images/7/7e/Arendt_Hannah_The_Origins_of_Totalitarianism_1979.pdf

"In an ever-changing, incomprehensible world the masses had reached the point where they would, at the same time, believe everything and nothing, think that everything was possible and that nothing was true…Mass propaganda discovered that its audience was ready at all times to believe the worst, no matter how absurd, and did not particularly object to being deceived because it held every statement to be a lie anyhow.

The totalitarian mass leaders based their propaganda on the correct psychological assumption that, under such conditions, one could make people believe the most fantastic statements one day, and trust that if the next day they were given irrefutable proof of their falsehood, they would take refuge in cynicism; instead of deserting the leaders who had lied to them, they would protest that they had known all along that the statement was a lie and would admire the leaders for their superior tactical cleverness." ..............

................"Never has our future been more unpredictable, never have we depended so much on political forces that cannot be trusted to follow the rules of common sense and self-interest — forces that look like sheer insanity, if judged by the standards of other centuries."

— The Origins of Totalitarianism, Hannah Arendt



Asalnya aku bercadang mahu mendapatkan auto-biografi Robert Kuok pada akhir minggu lepas, tetapi Sabtu lalu ada kenduri kahwin sepupu ku di Perak, dan dengan tidak disangka, Jumaat lalu (aku cuti dari Jumaat hingga ke Ahad) terlalu sibuk dan kekangan yang tak dapat dielakkan, 
aku tak dapat pergi dan membeli auto-biografi tersebut.

Namun, ada bacaan menarik atas talian (online), Hannah Arendt - The Origins of Totalitarianism, yang seakan akan "kena" dengan iklim politik minggu ini, a.k.a. Persidangan UMNO,

tapi,

aku tak mahu ulas tentang Persidangan tersebut.




Politik Malaysia dan Football Hooliganism

Terus terang, aku masih belum habis membaca buku tersebut, aku masih lagi di awal bab asal usul Anti-Semitism dalam buku tersebut,

namun,

apabila aku melihat Persidangan UMNO di TV baru baru ini, dan kecoh kecoh bingit bising di media sosial,

tiba tiba aku tersedar sesuatu,

"Kebanyakan borak politik di kalangan orang ramai di Malaysia ini tak lebih dari mentaliti football hooliganism sahaja".

Ada kawan2 se-universiti aku, yang selalu "aktif" tentang politik, ada seorang bekas rakan sekelas aku yang menjadi teman media sosial pada AmenoWorld, dan kebanyakan yang aku kenal,

sebenarnya cara fikir dan mentaliti yang ada tak lebih seperti seorang penyokong bola EPL Manchester United, Arsenal, atau Chelsea, atau apa apa kelab.

Ianya sebenarnya tak lebih daripada menganjing kelab orang lain, dan menyokong kelab sendiri, atas dasar "aku dalam team ini".

Yang malang selalunya, ia berselindung di balik kata2 seperti "pencerahan minda", "perbincangan matang politik", mengupas itu ini tentang pro and cons sesuautu tindakan politik oleh seseorang atau sesebuah parti,

tapi sebenarnya, tak lebih dari menjatuhkan pihak satu lagi dan menaikkan status atau "martabat" pihak satu lagi.

Dan selalunya, pada akhiran-nya, selepas habis memaki, dan merasa seronok berjaya "mengalahkan" pihak satu lagi (sebenarnya tak lebih dari ego-soothing sahaja), perbualan itu habis begitu sahaja.

Kemungkinan ianya berulang lagi pada satu tempoh akan datang.

Dan seperti biasa, bising2, bergaduh jatuhkan orang lain dan berasa seronok dengan kebijaksanaan sendiri memilih parti (sama seperti memilih team bola), dan akhirnya tiada apa konstruktif atau tindak positif yang akan lahir dari bingit bingit itu.

Sebenarnya ia seronok dilakukan kerana, kau tak perlu melakukan sesuatu yang aktif, kau tak perlu melakukan tindakan susah payah, kau hanya perlu pilih "team" yang baik,

dan selebihnya, kau menganjing team satu lagi.

Ketika ada orang yang benar2 melakukan sesuatu, baik NGO, atau pun apa2 organisasi, baik Unit Amal parti PAS pun, sekurang2nya orang2 ini ada melakukan sesuatu,

kebanyakan hiruk pikuk yang bergaduh politik itu,

banyak yang tidak berdaftar sebagai apa2 ahli dalam mana2 badan politik atau badan amal,

banyak yang sebenarnya hanya bercakap sahaja,

Ramai yang hanya football hooliganism sahaja pasal politik ni.

Bahaya nya fenomena ini, kerana,

|The totalitarian mass leaders based their propaganda on the correct psychological assumption that, under such conditions, one could make people believe the most fantastic statements one day, and trust that if the next day they were given irrefutable proof of their falsehood, they would take refuge in cynicism; instead of deserting the leaders who had lied to them, they would protest that they had known all along that the statement was a lie and would admire the leaders for their superior tactical cleverness|

sebab kesedaran politik yang wujud bukan kerana nak membantu orang atau kesedaran masyarakat, tetapi lebih kepada rasa seronok diri berjaya memilih "team" yang hebat. Team aku hebat kerana aku bijak memilih = aku hebat.



Filled-Bun Dumpling

Satu lagi yang aku jelik, ialah sesuatu yang aku temui ketika di dunia construction.

Pau. Sikap suka mengepau.

Sebab itu saja2 aku letak title "filled bun dumpling", kerana ia adalah translation kepada kuih pau.

Sayangnya, benda ni sebenarnya adalah corruption, tetapi entah mengapa, aku berasa jelik kerana ramai yang "mengepau" dan "mahu mengepau" ni kebanyakannya yang aku perhatikan di dunia construction,

ialah mereka yang mengucap dua kalimah syahadah, dan berbangsa majoriti di Malaysia ini.

Waktu aku bekerja di satu syarikat konsultasi M&E lama dahulu,
ada satu lelaki, yang dari satu parti politik,
selalu datang ke office dan "mengepau" bos Cina aku,
selalunya diminta sponsor jamuan, atau majlis keraian orang2 politik,
dan dijanjikan projek itu projek ini,
dan selalunya, tak dapat pun projek itu.

Aku jelik,
sebab,
ada kerani akaun yang hanya bergaji bawah RM1,000,
ada budak fresh baru habis belajar yang bergaji Rm1,800,
tetapi,
orang yang berbangsa sama dengan mereka,
dengan nada suara ego dan pandang rendah,
"mengepau" bos aku dengan minta duit untuk sponsor sesuatu,
dan bos aku membayar lelaki itu,
dengan aku tahu yang dia sentiasa menilai harga bangsa,
bangsa yang sama di-upah kerja, yang sama bangsa dengan geng poilitik yang mengepau dia.

Waktu aku jadi PM acah acah dulu (jadi Project Manager, tanggungjawab PM, tapi gaji aku bawah RM4k je bang),

yang banyak "mengepau" aku ialah kebanyakan bangsa yang sama yang "mengepau" bos lama Cina aku tu.

alasan, gaji sediikit, sedangkan gaji kebanyakan yang "mengepau" aku itu ada yang 200 peratus lebih tinggi,

tapi memandangkan,

"ah ini PM Melayu, boleh pau ni"

maka diberi lah pelbagai alasan, pelbagai benda yang melecehkan kerja,
yang mana kalau tak mahu kerja itu leceh,
"belanja pelincir" perlu di beri.

Dengan alasan aku boleh claim., dan sebenarnya, aku dengan  tangga gaji engineer, walaupun claim aku kadang kala lepas, tapi aku perlu menunggu 2 bulan lagi untuk dapat balik duit belanja itu.

Celaka sungguh.

Ada yang meminta terus dari bos aku. Kadang kala, paperwork aku dikatakan kurang teliti, ini claim, ini dokumentasi tak boleh lepas, melainkan.....

Jelik.

Dan menambah jelik aku, ada yang mengepau ini, pro dengan politik kerajaan,

dan satu petang ketika minum,

sambil berbual,

diberitahu aku, GST ni sebenarnya sangat2 bagus, kerana dia benar2 mencukai peniaga bangsa Cina, Melayu yang miskin tidak meniaga ini mana perlu membayar GST.

"Yang teruk sebenarnya business-man Cina, diorang untung juta juta selama ini, memang patut sistem GST ni kerana ianya adil bla bla bla".

Aku jelik kerana yang bercakap itu seorang yang "mengepau" bos aku.


Summary

Mungkin aku nampak terlampau marah, jadi maafkan aku jika tulisan ini menganggu emosi.

Tapi, apa yang nak aku sampaikan ialah,

1. Mungkin perlu retrospective tentang apa yang kau pernah percaya tentang politik atau kepartian.

2.    Aku pernah cerita juga dahulu, ada satu staff Main-Con yang asyik mengutuk aku,
     "Kau ni tak percaya ke Tuhan bagi rezeki", bila mana aku share yang aku dan isteri aku ada family
      planning kami.
      Lepas kutuk2 aku, lebih kurang 2 minggu selepas itu,
      dia menghubungi aku pada malam hari,

      "Firdaus, boleh pinjam RM300.00?"

       Dalam Quran, surah As-Saff pun ada mention betapa Tuhan benci orang yang kata benda yang
      dia sendiri tak lakukan.

       Aku yang makhluk ni pun benci.

       Dan banyak manusia yang begini, berharap Malaysia ini sesuci bersih dari corruption,
       Tapi dia sendiri pun filled-bun dumpling.


         Aku tak mengatakan NEP atau dasar bumiputera tu satu ke-tidak-adil-lan.

         Aku cuma jelik dengan orang meminta corruption dengan alasan NEP/Bumiputera entitlement.

         Dengan kau bising2 pasal tawakal rezeki Tuhan dan sebagainya, tapi in action apa yang kau
         bercanggah, itu adalah jelik.

         Jadi tolonglah, hentikan lah corruption ini dengan mengubah mentaliti bahawa it's ok to take
         from others, atas alasan politik atau ini tanah asal maka aku ada hak untuk menge-pau.

         Kerana,
   

“You’re going to be the leader of a nation, and you have three sons, Hussein. 

The first-born is Malay, the second-born is Chinese, the third-born is Indian. 

What we have been witnessing is that the first-born is more favoured than the second or third. Hussein, if you do that in a family, your eldest son will grow up very spoiled. 

As soon as he attains manhood, he will be in the nightclubs every night because Papa is doting on him. 

The second and third sons, feeling the discrimination, will grow up hard as nails. 

Year by year, they will become harder and harder, like steel, so that in the end they are going to succeed even more and the eldest will fail even more.” 

 - Robert Kuok to Tun Hussein Onn

Aku sedih bila mana ada saudara aku sendiri yang berkerja di dunia construction, yang merasakan OK untuk menge-pau.

Kadang kala dia saja bagi susah sedikit untuk sub-con untuk buat kerja, atas alasan, yang mana akhir niatnya itu untuk menge-pau.

Aku yang bekerja di bawah Cina Cina ini tahu apa rasanya, dan tahu pandangan mata mereka bila menghadapi perkara sebegini.

They will grow hard as nails.