Thursday 9 March 2017

malas macam beruang sedang hibernate (update)


Kali ni aku malas nak menulis in English.

1. MRT

Aku ke UTC Puduraya untuk update road-tax kereta, lesen dan pelbagai issue. 
Pagi tu naik bas dari rumah ke Pasar Seni / Central Market, dan berjalan ke UTC Puduraya. 

Selesai urusan, aku ke KL Sentral, mula dengan berjalan ke stesen LRT Pasar Seni ke KL Sentral.

Maka dari KL Sentral aku pun naik Komuter Tanjung Malim dan berhenti di stesen Sungai Buloh.

And so semalam pertama kali aku naik MRT dari komuter Sungai Buloh. .

Untuk sampai ke rumah aku, perhentian yg sesuai ialah Kwasa Sentral dengan cas RM3.20. Bas RM 1 ke perumahan aku.

Dan aku terlupa bawak phone jadi lain kali update

2A) Malas dengan masyarakat

Rumah aku apartment condo ground floor, corner section. Belakang rumah ada badminton court.
Tapi jadi padang permainan bola liga Maghrib yg bermula 6.30 petang. 
Tak jadi masalah bagi aku yang mengamalkan cara pikir masyarakat barat yang "lantak kau lah asalkan kita bahagia di ruang lingkup masing2".

Tapi menjadi masalah bila cermin tingkap aku selalu pecah akibat sasaran bola bermomentum tinggi.

Yang terbaik, semua pemain liga Maghrib tak mengaku.

Sebagai pakcik 35 tahun, aku sound supaya tak main bola. Aku sergah sebenarnya.

"Ek eleh nak buat law kat sini pula" <-- reply yang aku dapat.

Aku mendapat lempangan balik setelah aku melempang remaja yang mengeluarkan statement berkenaan.

The next day, Liga Maghrib masih berterusan. Yang paling best, mereka menjerit bising2 "siapa nak halang aku sepak bola di sini?"

Aku hampir nak keluar rumah ber-konfrontasi lagi, secara tiba2 hujan turun lebat.

In the end, aku terpaksa ganti sendiri cermin yang pecah tu dan kali ini aku buat "grille besi".

Moral kes ini : Buang masa kau bising2 ubah masyarakat. Better cari duit banyak2 dan improve diri kau atau surrounding kau.


2B : Malas dengan masyarakat part 2

Di area Subang, aku notice ramai tak pakai helmet waktu bawa motor.

Then aku realised something.

Satu tempat yg terlalu ramai dengan satu bangsa, bukan sesuatu yang bagus. Better it is in a balanced state. So that each people's eccentricity is balanced by other's idiocy or so.

Dan mengapa dulu kedai tempat kerja wife aku pernah orang rompak cashier siang2 buta.

Di sini kawasan middle income, maka banyak penunggang motorcycle. Dan ramai naik motorcycle, dan ramailah yang naik motor tak pakai helmet. (one reason sebab travel dekat2 orang malas pakai helmet). (Aku malas nak ulas bangsa "race" mana, pada aku ini masalah orang middle income).

Jadi bila ramai tak pakai helmet, rasa respect kat undang2 kurang.

Hence orang sini, memang aku observe, pemanduan di area Subang jauh lebih menyakitkan hati compared to Kajang, and even KL.

Rempit pun boleh tahan bermasalah.

Dan masalah budak stay up sampai 3-4 pagi pun rampant di sini, sebab itu area foodcourt yang agak famous di Subang Bestari pun hanya sampai pukul 12 malam lebih.

Aku dan wife, pernah satu kali waktu memandu tengah malam nak ke kedai mamak untuk dinner (bini aku abis keja pukul 11, aku pulak dah tak tentu masa sekarang ni), ada satu budak remaja berlari2 pukul 12 malam nak lintas jalan dengan berlari. 

Anyhow, mata aku bernanah tengok social issues di Subang ni maka nanah2 itu telah menyebabkan aku menjadi malas, un-responsive terhadap masyarakat.

Bila orang komen RUU355 dan perlaksanaan hudud, aku diam. Sebab aku malas, kerana masyarakat sembang lebih tapi in actual....(malas nak sambung)


2C : Malas dengan masyarakat part3

Internet dan Media Sosial? Hahhaha <- ketawa sinikal

Philosophy Facebook aku, ialah FB itu alat untuk aku nak fun.
Maka aku pilih family/ relative members, friends and those yang aku rasa her/her being there is worthwhile for warmness.

Tapi ada juga time aku add friends yang suka ber-pendapat dalam FB, but you'll find aku mostly reply in my own funny way sebab malas nak berat kepala.

Seriously, untuk berfikir or those seperti mereka yang suka ber-pendapat itu, it's better done by reading books, or article.

Despite all that,I cannot escape from seeing despair comedy.

Contoh, dalam FB ada satu page The Patriots, which is to me, informative.

Ada satu kali, The Patriots post this.

Which is good. Aku pun pergi cari movie ni.

Ada satu comment yang menyebabkan aku menjadi malas dengan masyarakat.

"Tak sama langsung dengan Khalid Al Walid. Khalid Al Walid berjuang kerana ALLAH. mati syahid kerana ALLAH impiannya. BANGANG!"

Aku malas print screen comment tu. 
First Khalid Al Walid mati di atas katil akibat luka perang, bukan masa berperang.

Dan,
Admiral Yi Sun Sin tu walaupun berbeza agama, dia mempertahankan negara dengan kudrat. Bukan setakat bising2 keyboard warrior.
 

Anyhow, everybody with their own taste and preference, so well whatever nevermind.


dui ni ai ai ai bu wan,
wo ke yi tian tian yue yue nian nian dao yong yuan

 (the quite ok translation I think is this
http://www.multistars.com/forums/index.php?topic=14625.0)


 And this is from the movie City Hunter, the famous Street Fighter scene of Jackie Chan.

City Hunter Street Fighter scene