Friday 24 May 2013

University Malaya

hari ni aku melancholic, so aku tulis panjang2.

abang saudara aku jurusan mekanikal kat UPM, dan tesis dia ialah design airbag utk kereta kancil. aku memang fascinated ever since. so masa dari form 4, aku dah tahu apa aku nak. aku nak jadi engineer mechanical.

nasib aku adalah berjuta kali baik dari non-malays pasal aku masuk uni thru matrics system, so up to this day aku tak berapa nak citer sangat kebanggaan aku keje engineer construction. even klu org tanya aku keje apa, aku just ckp “saya keje construction je”.

honestly, both my parents served in UM. arwah ayah aku lulus cemerlang dlm lulusan agama sekolah rakyat, tapi kesian kat dia, bila dia datang KL (ikut cerita arwah, dia dtg hari P. Ramlee passed away), dia tak dapat kerja sebab dia tak tau cakap english. dia try nak amik kelas malam, tapi keadaan ekonomi tahap tu sgt tertekan, so dia drop out.

last last, dia kerja sebagai labour sapu sampah kat UM. (ikut cerita ayah aku, exact words)
mak aku pulak different case. family mak aku quite well being even though at the end, tapi semua jatuh miskin pasal business gone bankrupt. so mak aku dapat masuk science school yang medium pembelajaran dalam English.

one have to bear in mind this scene happened during 1960-1970’s time and understand socio-economic life masa tu.

mak aku dapat keputusan cemerlang kat SPM (masa tu dipanggil MCE kot) dan dapat offer belajar kat US. tapi love punya pasal, mak aku gi amik form 6 kat Sekolah Menengah Sains Puteri kat Cheras. turns out, love tu tak ke mana.  dia frust, and lepas tu masuk ITM sambung study. (keputusan MCE dia cemerlang utk masuk ITM amik diploma)

those times, universities is not bound to government, and selects their own staff, dan ikut ceritanya, even police pun takde jurisdiction kt dalam kawasan kampus.

malangnnya, mak aku terlibat pulak dalam confrontation of students ngan police kat ITM (rusuhan pelajar) led by Ibrahim Ali (Presiden Perkasa skrg ni ha! aiyo!)..and sebab mak aku lambat keluar dari kolej kediaman masa rusuhan tu (by that time police dah break in masuk ke dalam kampus dan student buat kepungan kat kolej kediaman and let no students out from their dorm)

mak aku lambat keluar dorm pasal senior tahan. but masa police rempuh masuk, mak aku sempat keluar tapi damn, matric card sudah kena tahan sama pihak security.

in the end mak aku dibuang belajar and start to work, pasal kebetulan jugak masa tu business grandpa aku dah jahanam. mak aku ada 12 siblings, so terpaksa keja sbb nak support family. (mak aku 2nd child, makcik aku 1st child, both had to work then to hantar duit balik kampung to bagi makan kat family).

after the rusuhan at ITM, government had enough of student protest and started to implement AUKU kat all universities in Malaysia. even UM.

dan untuk curb politics in universities staff (sebab ikutnya, ada lecturer yg join sama), semua staffing for universities post in admin tak lagi dalam kuasa penuh university, tapi under Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

silver lining nya, masa tu staff admin kat university tak ramai dari malays, so by the time JPA went in, diorang nak restaff balik most admin dan clerical post kat UM.

ikut cerita arwah ayah aku, masa JPA panggil dia untuk interview, dia mari2 dalam keadaan basah kuyup. bila tanya apahal, ayah aku cakap “saya baru balik bersihkan sampah kat tasik UM, tu basah tu”.  then bila tgk qualifications ayah aku, JPA surprised, apasal awak kerja buruh sahaja, awak lulus pangkat 1 MCE, then dijawab ayah aku, “my english not good”.

so JPA pun luluskan ayah aku untuk amik test bertulis untuk admin dan clerical post kat UM.

mak aku pula, lepas dah kerja sana sini, dia pun decide nak apply post lab assistant kt UM. tapi, eyesight tak baik, so dia pun diadvice oleh JPA untuk pergi amik test bertulis utk admin/clerical post tu.
ikut ceritanya, ayah dan ibu aku sat side by side kat dalam exam tu. (meja masing2 la). duk asyik jeling2 dalam exam, lepas habis test tu, ayah aku dengan selamba ajak mak aku minum kt canteen UM. masa tu mak aku rambut bobby cut, so might be ayah aku jatuh hati ngan mak aku yg lawa tapi boyish look.

bila result test keluar, ayah aku dapat post as a clerk kat Jabatan Pembendaharaan Awam dan Harta Benda UM, kerja dia uruskan bus schedule and maintenance. Mak aku pulak dpt post kat Jabatan Bendahari UM.

ikut citernya, byk kali juga mak aku friendzone ayah aku, tapi in the end, sebab dia tgk ayah aku style responsibility sikit berbanding lelaki kota those times yang rock atau hippies style. mungkin sbb ayah aku org kampung, style mcm eman manan,  ayah aku belajar silat apa semua, jadi pembawakan diri style lelaki tak berduit tapi responsible tu yg in the end menyebabkan mak aku stay dgn beliau.

in the end, they tied the knot at 1979. masing2 tak berduit, nikah kat masjid, dan lepas tu makan kuih beramai je. photo kahwin satu je.

lepas kahwin, ayah aku push mak aku suh belajar balik dengan belikan buku mcm2. satu buku that i found (buku pasal accounting), kat muka depan buku ada notes dari ayah aku in english pujuk mak aku utk belajar kuat2.

mak aku amik kelas malam kat UITM kat PJ old town tu sambil mengandungkan aku. ikut citernya, aku selalu tendang2 dalam perut setiap kali kelas tgh mengajar, hahahha. by the time i was born in 1982, ada kawan mak aku kat Jabatan Bendahari UM dapat masuk Kwong Yik Bank, so dia pun tarik mak aku masuk keje sekali kat Kwong Yik Bank (skrg ni RHB bank lepas dah merge apa semua).

skrg mak aku alhamdulilah, position dah sgt besor kat RHB. arwah ayah aku still with UM by the time he passed away, cuma last position dia is a clerk utk manage security team kat UM.
------------------------------------------------------------------------------------

aku amik Bio class masa form 4-5 pun sbb advice ayah aku , because kat sekolah aku, Science stream class yg terbaik dan byk non-malays is Bio class (5E and 5F), class yg amik Teknologi Kejuruteraan tu ramai melayu, ayah aku memang dari dulu suruh aku masuk class yg banyak chinese dan indians. bayangkan, class aku masuk tu, 40 org, tapi malay 8 org saja.

Reason being is that ayah aku suruh belajar cakap english dan suruh aku jangan mingling sangat dengan melayu. Aku dua kali dpt tawaran masuk asrama penuh, lepas UPSR dpt offer kat Jitra, lepas PMR dpt offer masuk Sekolah Sains Muar, dua dua ayah aku suruh tolak.

Dan juga, start sekolah menengah, ayah aku start langgan paper The Star untuk aku baca, walaupun dia sendiri tak baca The Star tu.

Masa aku sekolah menengah, ayah aku bertukar2 jabatan di UM, satu tempat dia serve ialah Main Library UM, and after that kat Faculty Ekonomi UM. View dia masa upbringing aku byk influenced dgn apa yg dia nampak masa dia jadi clerk kat dua tempat ni.

Dia nampak yang Malay lecturers di sana terlalu banyak politicking. Dan dia sangat2 tak suka bila lecturer2 Melayu cakap gunakan puisi/pantun2 melayu lama bila berucap atau tulis buku pasal puisi/pantun2.
Pada dia, Malay’s poverty tak boleh solved dengan puisi/pantun. Semua tu retorik semata mata.

masa aku form 5, abg sedara aku yg amik mechanical kat UPM tu duduk ngan keluarga aku. Itulah first time aku tengok AutoCAD.

Syukur, aku dpt masuk matrics, dan time ni ayah aku tak kisah dah. Aku pun mmg minat physic, so aku amik Sains Fizikal. Alhamdulilah, pointer matric aku sangat bagus, dan alhamdulilah aku dpt masuk UM fakulti engineering jabatan mechanical.

Aku tak boleh lupa muka ayah aku bila aku tunjukkan kat dia surat tawaran masuk UM tu kat dia.