Friday 24 May 2013

Matthew Effect

Matthew Effect, sindrom Holden Caulfield dan kehidupan
I will write in Malay for this entry.

Sebelum aku mula menulis, aku seorang Muslim, dan tulisan ini bukan lah kerana popularise agama Christian/Masihi di kalangan Muslim.

(Di Timur Tengah, pengikut ajaran Jesus memanggil kaum mereka sebagai Masihiyun (ini bahasa Arab ni), bukan christiniyun, kita perlu tahu agama kristian di malaysia ini mengikut acuan pengajian di Europe, bukan directly dari Timur Tengah, walaupun Isa Al Masih itu sendiri lahir di Bethlehem, dan ajaran kristian di Timur Tengah ada difference berbanding ajaran Kristian melalui Europe, tapi ini semua scholar discussion in Christian theology).

Aku suka membaca tentang sociology (walaupun aku bidang mekanikal sebenarnya), dan apa yang aku tulis ini adalag mengikut acuan akademik tentang bidang sociology.

Ada sesuatu konsep dalam kehidupan ini yang dipanggil Matthew Effect.

http://en.wikipedia.org/wiki/Matthew_effect

Kepda yang malas bukak link tu, Matthew Effect ni adalah fenomena di mana yang kaya bertambah kaya, dan yang miskin bertambah miskin.

Robert K. Merton yang mula mula menulis pasal Matthew Effect ni pada 1968 dalam paper dia “The Matthew Effect in Science”.

Basically, Merton nak explain kenapa orang yang ada berprestij lebih mudah gain recognition dalam kajian science berbanding junior scientist yang baru nak up dalam bidang ni.

Atau seperti Merton quote dalam Bible surah Matthew,
For unto every one that hath shall be given, and he shall have abundance: but from him that hath not, shall be taken even that which he hath - Matthew 25:29, King James Version.

Maksud senang nya, kepada siapa yang diberi, dia akan dapat lebih lagi, tapi pada siapa yang tak dapat, even apa yang dia ada pun dia akan kehilangan.

Ok, aku tak mahu bincang dari segi agama tentang ini, mari kita lihat dari segi sociology.

It can be said that, one yang ada talent, kekayaan, atau apa sahaja kelebihan dalam bidang tertentu , kita boleh katakan dia akan ada cumulative advantage dalam bidang tersebut and will likely to gain more in that field.

Ini adalah sesuatu yang senang nak difahami.

Tapi macam mana pulak tentang part “but from him that hath not, shall be taken even that which he hath”? (hath = have) .

Untuk nak faham point ini, kita boleh tengok kajian dari Keith Stanovich dalam satu paper dia yang publish pada 1990.

Stanovich mengkaji tentang bagaimana seseorang manusia belajar membaca.

Apa yang Stanovich found out dalam researchnya ialah, kalau seorang budak itu berjaya mendapat skill membaca pada usia muda, ia akan memudahkan budak tersebut untuk acquire skill skill lain seperti mengira, berfikir secara kritis, dan lebih senang untuk dia untuk upgrade skill membaca dia melalui mengenali perkataan baru (upgrade vocabulary dia), yang mana selari dengan pertumbuhan fizikal budak tersebut.

Tapi yang uniknya, kalau budak tersebut gagal untuk acquire skill reading dia sebelum usia tiga atau empat tahun persekolahan, dia akan sukar nak acquire skill skill lain sebagaimana budak yang dapat skill membaca tu.

Senang cerita, kalau ikut environment di sekolah rendah Malaysia, kalau budak tu masih belum boleh membaca bila dah sampai darjah tiga atau darjah empat, budak ni akan mula mengalami problem.

Problem yang Stanovich jumpa itu ialah akan ada gap between budak tak boleh baca dengan budak boleh membaca apabila dah sampai darjah tiga atau darjah empat.

Dengan sebab ada gap ini, ini menyebabkan budak tak boleh baca lagi malas nak membaca, yang menyebabkan mereka lebih kurang membaca dan jurang antara budak boleh baca dan budak tak boleh baca akan menjadi lebih besar.

Dan bila jurang itu lebih besar, budak tak boleh baca ni akan menghadapi masalah untuk belajar subjek2 lain, dan mereka in the end akan drop out of school pada usia muda.

“This is because children who fall behind in reading would read less, increasing the gap between them and their peers. Later, when students need to “read to learn” (where before they were learning to read), their reading difficulty creates difficulty in most other subjects. In this way they fall further and further behind in school, dropping out at a much higher rate than their peers.” - Stanovich, 1990

Dengan kita faham kajian Stanovich ini maka kita boleh faham menyeluruh tentang Matthew Effect ni.

Matthew Effect ni boleh dijumpa dalam situasi ekonomi (yang kaya dan ber economic advantage akan lebih cenderung untuk acquire kekayaan berbanding mereka yang hidup susah), dan macam macam lagi.

Ya, aku juga ada terfikir pasal NEP, tapi aku belum cukup ilmu untuk bincangkan itu lebih mendalam, Malay Dilemma Mahathir memang pick up idea ini pun dalam nak cerita gap antara Chinese and Malay. Dan sekarang pilihanraya, so tak perlu nak bincang benda ni yang akan jadi bullet untuk satu pihak tembak pihak lain.

Sebenar benarnya aku menulis pasal Matthew Effect ni setelah aku mendengar seorang yang aku kenali, nak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ini.

Cuma, umur dia pada tahun ini ialah 27 tahun.

Aku sendiri, setiap kali diajukan soalan tentang beliau, aku rasa susah nak jawab.

Sebab dia zaman mudanya adalah seorang school refusal. Bukan kerana tekanan ekonomi, tapi sebab main main masa mudanya.
Selepas SPM, dia on off bekerja (sebagai security guard), tapi nasib dia baik, kebetulan dia dalam family berada yang mana ibunya tak lokek bagi wang.

Aku rasa kesedaran dia datang setelah dia minat seorang gadis pada 2 tahun lepas namun sebab dia tidak berpelajaran (sebab school refusal/ponteng sekolah), dan tidak bekerja, jadi pinangan dia ditolak gadis tersebut.

Apabila aku fikir2 tentang Matthew Effect ni, aku mula sedari, yang menjadikan gap ruang antara kaya dan miskin, pandai dan kurang pandai, dan apa saja, adalah sindrom Holden Caulfield.

Sesiapa yang pernah baca Catcher In The Rye, mesti tahu tentang Holden Caulfield. Dia adalah watak protagonist dalam novel ni (Protagonist = watak utama)

maksud sindrom Holden Caulfield ini apa yang aku faham dari apa yang Mr. Antollini (cikgu English dia) nak sampaikan pada Caulfield.

“This fall I think you’re riding for — it’s a special kind of fall, a horrible kind. The man falling isn’t permitted to feel or hear himself hit bottom. He just keeps falling and falling. The whole arrangement’s designed for men who, at some time or other in their lives, were looking for something their own environment couldn’t supply them with. Or they thought their own environment couldn’t supply them with. So they gave up looking.” - Mr. Antollini, Catcher in the rye , 1951

Bila kita gagal buat sesuatu dan selalu gagal dalam percubaan itu, akan timbul lah perasaan losing out.

Tapi kecilakaan itu akan bermula bila give up. Dalam bahasa utara ialah “lantak pi lah!”

Bila stop tu, akan ada ruang besar antara kau dengan mereka yang tak give up.

Dan kau akan susah balik nak start sebab  ruang tu terlalu besar untuk dirapatkan.

Cuma, aku rasa rasa ada satu ubat untuk Matthew Effect/sindrom Holden caulfield ini.

Ubat itu ialah sifat membenci kelemahan. Sifat yang ada dalam kiasu person. Hahaha.

Aku terbaca tentang ucapan yang dibuat General Patton waktu Perang Dunia Kedua.

http://en.wikipedia.org/wiki/George_S._Patton%27s_speech_to_the_Third_Army

“No bastard ever won a war by dying for his country. You won it by making the other poor dumb bastard die for his country” - George S. Patton, 1942

“Men, all this stuff you hear about America not wanting to fight, wanting to stay out of the war, is a lot of bullshit. Americans love to fight. All real Americans love the sting and clash of battle. When you were kids, you all admired the champion marble shooter, the fastest runner, the big-league ball players and the toughest boxers. Americans love a winner and will not tolerate a loser. Americans play to win all the time. That’s why Americans have never lost and will never lose a war. The very thought of losing is hateful to Americans. Battle is the most significant competitions in which a man can indulge. It brings out all that is best and it removes all that is base”. - George S. Patton, 1942

Kalau cerita balik pasal NEP, aku cuma rasa gap antara Melayu dengan Chinese dari segi ekonomi is more in the mind, it is because Malays are more melancholic about losing, while Chinese hated losing at all.

Aku teringat arwah ayah aku pernah buat joke, the real punca kekalahan Melaka di tangan Portugis ialah kerana masa nak start perang, orang Melayu memulakan perang tu dengan menghunuskan keris sambil berpantun dua kerat dahulu, yang mana Portugis menjawab pantun tersebut dengan bedilan meriam.

When you meet a master swordsman, show him your sword. When you meet a man who is not a poet, do not show him your poem - Lin Chi

http://www.sciencemag.org/content/159/3810/56.abstract
http://www.uri.edu/advance/files/pdf/matthewii.pdf
http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=robert+k+merton+matthew+effect&source=web&cd=8&cad=rja&ved=0CFMQFjAH&url=http%3A%2F%2Fwww.gwu.edu%2F~uscs%2Fdocs%2FSlides_Matthew%2520Effect_YPrytula.ppt&ei=eX5tUaXnJsqOrgeev4DYBw&usg=AFQjCNG25H7fg0Iaeq0N9O5YSNt10NYAjQ&bvm=bv.45175338,d.bmk